PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari

21/01/2025 03:01 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari Selasa, disokong oleh aktiviti belian dalam saham wajaran tinggi terpilih khususnya dalam produk dan perkhidmatan perindustrian, utiliti dan perkhidmatan kewangan.

Sunway meningkat 24 sen kepada RM4.47, YTL Corporation menambah 13 sen kepada RM2.36 dan Public Bank melonjak 7.0 sen kepada RM4.38.

Saham tersebut mendorong indeks komposit meningkat dengan gabungan 7.25 mata.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.85 mata kepada 1,575.19 daripada 1,572.34 ketika ditutup pada Isnin.

FBM KLCI dibuka tinggi 2.57 mata kepada 1,574.91, bergerak antara 1,579.97 dan 1,570.97 pada sesi dagangan pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 543 kepada 330 manakala 495 kaunter tidak berubah, 1,1001 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 2.22 bilion unit bernilai RM1.36 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata pelabur pasaran akan memantau keputusan kadar faedah Bank of Japan (BoJ), tuntutan pengangguran awal di Amerika Syarikat (AS) serta inventori minyak mentah minggu ini.

“Menerusi Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia, kami kekal positif mengenai tenaga boleh baharu dan sektor pelancongan.

“Walaupun sektor tenaga boleh menyaksikan kestabilan berterusan akibat sekatan minyak Rusia dan penurunan inventori minyak mentah minggu lepas, tiada keyakinan mungkin berlaku jika Presiden AS Donald Trump meneruskan rancangan untuk meningkatkan pengeluaran minyak AS sekali gus mengehadkan potensi kenaikan harga minyak mentah,” katanya dalam nota penyelidikan.

Sementara itu, firma broker itu menyatakan bahawa tarif sedia ada terhadap produk China mungkin boleh menejejaskan ekonomi China seterusnya mengurangkan permintaan minyak global.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, YTL Power International meningkat 12 sen kepada RM4.02, Gamuda naik 7.0 sen kepada RM4.41, MR D.I.Y. melonjak 3.0 sen kepada RM1.73, bagaimanapun Maybank dan CIMB merosot 6.0 sen masing-masing kepada RM10.22 dan RM7.94.

Bagi saham aktif, CBH Engineering menambah 1.5 sen kepada 33 sen, Velesto Energy naik 0.5 sen kepada 20 sen dan Mah Sing melonjak 5.0 sen kepada RM1.43 bagaimapun Harvest Miracle Capital dan Velocity Capital Partners kekal tidak berubah masing-masing pada 16.5 sen dan 8.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 46.53 mata kepada 12,112.36, Indeks FBM Emas Shariah menokok 52.03 mata kepada 12,016.21, Indeks FBMT 100 menambah 42.37 mata kepada 11,790.22,

Indeks FBM 70 meningkat 143.67 mata kepada 18,206.16 dan Indeks FBM ACE melonjak 38.05 mata kepada 5,232.66.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga naik 0.33 kepada 855.73, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian melonjak 1.48 mata kepada 169.94, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 10.42 kepada 18,809.62 manakala Indeks Perladangan susut 10.20 mata kepada 7,357.20.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan