Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat sedikit pada sesi awal dagangan Jumaat sebelum susut kemudiannya, diasak sentimen berhati-hati walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang positif, kata penganalisis.
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Rabu dan Khamis sempena cuti umum Tahun Baharu Cina.
Sewaktu dibuka, indeks petunjuk utama menokok 1.09 mata kepada 1,553.78.
Dalam pada itu, sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 135 berbanding 127 manakala 229 lain tidak berubah, sebanyak 1,830 tidak diniagakan dan 37 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 107.68 juta saham bernilai RM82.09 juta.
Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee berkata kalangan pelabur masih bimbangkan impak daripada platform kecerdasan buatan (AI) China iaitu Deepseek membabitkan prospek pelaburan AI yang membawa kepada penyusutan dalam FBM KLCI.
Beliau bagaimanapun menjangkakan dana asing pada akhirnya akan melihat semula Asia sebagai destinasi pilihan kerana penilaian yang wajar berbanding dengan penilaian terlalu tinggi di Wall Street.
“Berikutan itu, kita menjangkakan berlakunya pusingan ‘U’ apabila dana asing kembali semula ke rantau ini.
“Pada hari ini misalnya, indeks itu dijangka bergerak dalam julat 1,550 hingga 1,560," katanya kepada Bernama.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank tidak berubah pada RM10.24, CIMB naik lima sen kepada RM7.99, Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing susut enam sen kepada RM4.31 dan RM13.5 manakala IHH Healthcare rugi tujuh sen kepada RM7.08.
Bagi saham aktif, EA dan TWL masing-masing tidak berubah pada setengah sen dan 2.5 sen manakala Gamuda turun lapan sen kepada RM3.95 dan YTL Corp naik dua sen kepada RM1.92.
Di pasaran meluas, Indeks FBM Emas merosot 13.01 mata kepada 11,829.85, Indeks FBMT 100 kehilangan 15.57 mata kepada 11,525.62 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 14.12 mata kepada 11,680.38.
Selain itu, Indeks FBM ACE menokok 21.10 mata kepada 5,166.80 dan Indeks FBM 70 melonjak 65.81 mata kepada 17,587.82.
Indeks Indeks FBM ACE pula meningkat sebanyak 21.10 mata kepada 5,166.80 dan Indeks FBM 70 melonjak 65.81 mata kepada 17,587.82.
Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 36.94 mata kepada 18,755.17, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.76 mata kepada 164.25, Indeks Perladangan susut 26.76 mata kepada 7,367.75 manakala Indeks Tenaga sebaliknya naik 1.32 mata kepada 823.80.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial