PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

17/02/2025 09:35 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR,17 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, dipacu oleh harga olein sawit yang lebih tinggi di Bursa Komoditi Dalian, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata harga penutup dagangan yang lebih tinggi juga didorong oleh jangkaan pengeluaran yang lebih lemah mengikut musim pada minggu akan datang.

"Kami mengesan paras sokongan pada RM4,500 satu tan, dengan paras rintangan pada RM4,600 satu tan," kata Ng kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2025 meningkat RM42 kepada RM4,742 satu tan, April 2025 naik RM40 kepada RM4,632 satu tan, dan Mei 2025 bertambah RM43 kepada RM4,542 satu tan.

Kontrak Jun 2025 melonjak RM45 kepada RM4,449 satu tan, manakala Julai 2025 dan Ogos 2025 masing-masing naik RM44 kepada RM4,365 satu tan dan RM4,304 satu tan.

Jumlah dagangan bagaimanapun menyusut kepada 77,429 lot daripada 107,707 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 232,195 kontrak daripada 230,867 kontrak sebelumnya

Harga MSM fizikal untuk Februari Selatan meningkat RM50 kepada RM4,850 satu tan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan