Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, dipengaruhi oleh penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran global melemah berikutan ancaman tarif baharu AS dan ketegangan perdagangan antara AS-China yang semakin meningkat.
“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah dan kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli susulan musim daun getah luruh dan cuaca buruk di negara pengeluar.
“Selain itu, harapan bagi langkah rangsangan selanjutnya dari China memberikan sedikit sokongan,” katanya kepada Bernama.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan SMR 20 menyusut lima sen kepada 910.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal menokok 2.5 sen kepada 690.0 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial