PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

21/02/2025 07:06 PM

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sejajar dengan prestasi pasaran tunai yang positif.  

Kontrak bulan semasa Februari 2025 naik 11.5 mata kepada 1,589.5, Mac 2025 dan Jun 2025, masing-masing menambah 12.5 mata kepada 1,569.5 dan 1,574.0 serta September 2025 meningkat 12 mata kepada 1,563.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 7,560 lot daripada 8,055 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka naik kepada 43,920 kontrak daripada 43,434 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 13.36 mata atau 0.84 peratus kepada 1,591.03 daripada 1,577.67 semalam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan