PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah berikutan Penurunan Harga Olein Sawit

03/03/2025 10:08 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin dipengaruhi oleh penurunan harga olein sawit Dalian, kata peniaga sawit David Ng

Beliau berkata kebimbangan terhadap permintaan yang lembap pada minggu hadapan turut mempengaruhi sentimen pasaran.

“Kami menjangkakan sokongan pada RM4,430 satu tan dan rintangan pada RM4,600 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, bulan kontrak Mac 2025 susut RM47 kepada RM4,682 satu tan, April 2025 jatuh RM60 kepada RM4,585 setan dan Mei 2025 berkurangan RM70 kepada RM4,484 satu tan.

Dalam pada itu, Jun 2025 merosot RM73 kepada RM4,382 setan, Julai 2025 jatuh RM74 kepada RM4,290 satu tan dan Ogos 2025 turun RM71 kepada RM4,231 setan.

Jumlah dagangan jatuh kepada 50,914 lot daripada 76,860 lot semalam, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 241,061 kontrak daripada 241,330 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Mac Selatan berkurangan RM40 kepada RM4,800 satu tan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan