PASARAN > BERITA

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS

04/03/2025 07:10 PM

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa disokong faktor makroekonomi yang lebih luas meskipun pelaksanaan tarif AS memberi impak kepada pasaran global.

Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata faktor terbesar yang menyokong ringgit adalah kemungkinan terdapat peluang penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) berikutan ekonomi AS yang semakin menguncup.

“Dengan data terkini yang menunjukkan pertumbuhan AS yang semakin merosot, pasaran kini lebih memberi tumpuan kepada naratif perubahan hala tuju Fed yang cenderung untuk menurunkan kadar faedah, dan ini memberikan sokongan yang sangat diperlukan kepada pasaran mata wang Asia.

"Di samping itu, keyakinan pengembangan fiskal China menjelang Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) esok membantu mengekalkan sentimen pasaran pertukaran asing serantau,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit secara amnya turun berbanding pound Britain kepada 5.6789/6846 berbanding 5.6394/6444 pada Isnin, susut berbanding euro kepada 4.6916/6963 daripada 4.6586/6628 dan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9956/9989 berbanding 2.9683/9711.

Mata wang tempatan itu juga diniagakan menyusut berbanding mata wang ASEAN.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3203/3242 daripada 3.3130/3163 dan turun berbanding baht Thailand kepada 13.1853/2057 daripada 13.0576/0762.

Ringgit juga turun berbanding rupiah Indonesia kepada 271.3/271.8 daripada 270.8/271.2 dan susut berbanding peso Filipina kepada 7.72/7.74 daripada 7.71/7.72.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan