PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

07/03/2025 08:52 PM

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat menjelang pengumuman senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat lewat hari ini.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata NFP akan menjadi petunjuk aliran harga emas tetapi berdasarkan data ekonomi terkini AS, faktor itu mampu mengekalkan kadar Rizab Persekutuan AS.

“Harga emas dijangka meningkat lebih tinggi apabila peniaga mengambil sikap berhati-hati terhadap pemotongan kadar,” katanya kepada Bernama.

Kontrak semerta bulan Mac 2025 menokok kepada US$2,928.60 setiap auns troy daripada US$2,906.40 setiap auns troy pada Khamis, manakala April 2025 meningkat kepada US$2,938 setiap auns troy daripada  US$2,916.20 setiap auns troy semalam.

Sementara kontak bulan Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 naik kepada US$2,946.80 setiap auns troy daripada US$2,924.60 setiap auns troy pada Khamis.

Jumlah dagangan menyusut kepada 83 lot daripada 154 lot, manakala kepentingan terbuka menurun kepada 144 kontrak daripada 188 kontrak.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 6 Mac, harga emas fizikal berada pada US$2,922.20 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan