KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi pasaran tunai asas yang lemah.
Pada penutupan dagangan, kontrak Mei 2025 dan Jun 2025 masing-masing rendah 19.5 mata kepada 1,533.50 dan 1,533.0, September 2025 susut 19 mata kepada 1,518.50 dan Disember 2025 berkurangan 20.5 mata kepada 1,525.00.
Jumlah dagangan menokok kepada 18,309 lot daripada 5,451 lot Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka naik kepada 53,742 kontrak daripada 39,659 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, FBM KLCI susut 1.08 mata atau 0.07 peratus kepada 1,534.30 daripada 1,535.38 semasa ditutup pada Jumaat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial