PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

27/05/2025 09:47 PM

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif meneruskan trend menaiknya untuk ditutup lebih tinggi hari ini selepas sentimen pasaran dirangsang oleh kenaikan dalam harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago.

Pedagang minyak sawit David Ng berkata jangkaan peningkatan dalam permintaan MSM dari China dan pasaran lain turut menyumbang kepada pengukuhan harga. 

"Kami melihat sokongan pada paras RM3,800 satu tan dan rintangan pada RM4,000 satu tan," katanya kepada Bernama. 

Pada penutup, kontrak Jun 2025 meningkat sebanyak RM32 kepada RM3,867 satu tan, Julai 2025 bertambah sebanyak RM32 kepada RM3,875 satu tan dan Ogos 2025 melonjak RM35 kepada RM3,868 satu tan.

September 2025 mencatatkan keuntungan sebanyak RM37 kepada RM3,862 satu tan, Oktober 2025 memperoleh RM36 kepada RM3,865 satu tan dan November 2025 melonjak RM33 kepada RM3,866 satu tan. 

Jumlah dagangan melebar kepada 49,593 lot berbanding 34,817 yang disaksikan semalam, manakala kepentingan terbuka adalah lebih rendah pada 243,185 kontrak daripada 243,913 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal untuk Jun Selatan bertambah sebanyak RM30 kepada RM3,900 satu tan. 

-- BERNAMA

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan