Oleh Abdul Hamid A Rahman and K Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
Beliau berkata pasaran turut terjejas oleh kemerosotan harga minyak mentah.
“Harga minyak turun mendadak dalam perdagangan Asia pada Jumaat selepas White House memberi isyarat bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump hanya akan membuat keputusan mengenai menyertai perang Iran-Israel dalam masa dua minggu,” katanya kepada Bernama.
Pada masa ini, harga minyak mentah Brent merosot 1.90 peratus kepada US$77.35 setong.
Bagaimanapun, katanya penurunan niaga hadapan getah seterusnya dikekang oleh optimisme terhadap langkah-langkah rangsangan ekonomi tambahan China dan kebimbangan mengenai bekalan getah asli disebabkan cuaca tidak menentu di Thailand.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) berkurangan 6.5 sen kepada 703.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal menurun 0.5 sen kepada 589.0 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial