PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari

01/07/2025 01:35 PM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari ini, dipacu oleh aktiviti belian ketara dalam saham wajaran tinggi terpilih yang didahului kaunter utiliti dan pembinaan dalam sentimen bercampur-campur di pasaran serantau.

Pada 12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.65 mata kepada 1,533.61 daripada 1,532.96 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 1.03 mata kepada 1,533.99.

Pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 394 berbanding 361 manakala 464 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,155 tidak diniagakan dan 13 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 1.05 bilion unit bernilai RM851.71 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata peniaga optimis Amerika Syarikat (AS) dapat mencapai perjanjian perdagangan dengan negara lain selepas berakhirnya tempoh 90 hari penangguhan tarif pada minggu depan yang dibuktikan menerusi prestasi semalaman Wall Street yang meningkat.

“Di peringkat tempatan, FBM KLCI ditutup melepasi paras 1,530 yang berkemungkinan disebabkan oleh kemasukan semula dana asing,” katanya dalam nota penyelidikan.

Beliau turut menjangkakan indeks tersebut akan bergerak dalam julat 1,530 hingga 1,540 hari ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Tenaga Nasional meningkat sebanyak 24 sen kepada RM14.62, Maybank susut 1.0 sen kepada RM9.69, CIMB dan Public Bank masing-masing turun 4.0 sen kepada RM4.27 dan RM6.75 manakala IHH Healthcare turun 3.0 sen kepada RM6.79.

Bagi saham aktif, Sapura Energy naik setengah sen kepada 4.0 sen, MYEG menokok 1.0 sen kepada 96 sen, Pharmaniaga meningkat 2.5 sen kepada 16 sen dan Gamuda meraih 16 sen kepada RM4.95 manakala Tanco turun 2.0 sen kepada 89.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas naik 15.92 mata kepada 11,463.69, Indeks FBMT 100 meraih 13.71 mata kepada 11,243.47 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 47.45 mata kepada 11,485.69.

Indeks FBM 70 meningkat ketara sebanyak 59.31 mata kepada 16,458.92 manakala Indeks FBM ACE turun 10.43 points to 4,459.50.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut  59.09 mata kepada 17,591.49, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menguncup 0.49 mata kepada 153.34, Indeks Perladangan naik 10.78 mata kepada 7,360.98 manakala Indeks Tenaga meningkat 3.45 mata kepada 738.73.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan