Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, sejajar dengan petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau dalam persekitaran ringgit yang tinggi berbanding dolar AS, kata peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran turut terjejas oleh unjuran ekonomi yang lembap berikutan aktiviti pembuatan global yang lemah dan ketidaktentuan tarif Amerika Syarikat (AS).
“Dilaporkan aktiviti perkilangan di kebanyakan negara Asia merosot pada Jun berikutan ketidaktentuan tarif AS menyebabkan permintaan kekal rendah,” katanya.
Beliau berkata penurunan seterusnya dikekang oleh kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli akibat cuaca buruk di negara pengeluar utama Thailand.
“Agensi meteorologi Thailand telah memberi amaran tentang hujan lebat dari 30 Jun hingga 6 Julai,” katanya.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 3.0 sen kepada 703.00 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan 2.0 sen kepada 582.50 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial