Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini seiring dengan prestasi positif pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
Beliau berkata pasaran niaga hadapan getah Jepun meningkat hari ini dan dijangka dapat merekodkan kenaikan bagi minggu keempat berturut-turut.
Menurutnya sentimen pasaran turut disokong oleh pemulihan harga minyak mentah.
“Harga minyak kekal stabil pada Jumaat memandangkan pasaran membuat penilaian terhadap ancaman tarif baharu oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di samping kekal berhati-hati terhadap unjuran bekalan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+),” katanya.
Setakat ini, harga minyak mentah Brent menokok 0.29 peratus kepada US$68.84 setong.
Peniaga berkata data ekonomi AS yang lebih kukuh turut menyokong sentimen pasaran.
“Tuntutan pengangguran mingguan di AS menurun kepada paras terendah dalam tempoh tujuh minggu, sesuatu yang tidak dijangkakan, yang menunjukkan majikan masih mengekalkan pekerja walaupun terdapat isyarat mengenai pasaran buruh yang perlahan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata peningkatan selanjutnya dikekang oleh tindakan pelabur yang menilai pengumuman mengenai tarif perdagangan oleh Trump dan bersiap sedia untuk langkah seterusnya.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia atau SMR 20 meningkat 5.0 sen kepada 726.00 sekilogram manakala susu getah pukal menokok 2.0 sen kepada 566.50 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial