KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Julai 2025 dan Disember 2025 meningkat 4.5 mata masing-masing kepada 1,527.50 dan 1,508.00. Kontrak Ogos 2025 menokok 5.5 mata kepada 1,524.50, manakala September 2025 naik dua mata kepada 1,504.00.
Jumlah dagangan merosot kepada 4,782 lot daripada 5,692 pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 38,963 kontrak daripada 39,838 sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 4.92 mata kepada 1,525.86 daripada paras 1,520.94 pada Khamis.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial