Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia susut ketika mengakhiri dagangan hari ini, diasak kelemahan harga minyak mentah selain pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
Beliau berkata penurunan itu turut memaparkan ketidaktentuan berhubung potensi tarif AS serta konflik berterusan di Timur Tengah.
“Bagaimanapun, kerugian itu dikekang oleh sentimen optimis daripada rundingan perdagangan AS-China serta tanda-tanda rangsangan ekonomi China yang ketara,” katanya kepada Bernama.
Setakat petang ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, susut 0.38 peratus kepada US$68.96 setong.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia SMR 20 susut setengah sen kepada 735.50 sen sekilogram manakala lateks pukal turun 2.0 sen kepada 569.50 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial