PASARAN > BERITA

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

25/07/2025 06:06 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia terus mencatatkan aliran meningkat dengan ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh kenaikan niaga hadapan getah serantau yang didorong oleh peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran didorong oleh optimisme terhadap langkah-langkah rangsangan ekonomi China dan perkembangan positif mengenai rundingan perdagangan baharu antara China dan Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan minggu depan.

“Kenaikan seterusnya dikekang oleh data ekonomi China yang lemah termasuk jualan kenderaan global yang kurang menggalakkan,” katanya kepada Bernama.

Katanya niaga hadapan getah Jepun tinggi pada Jumaat, mencatatkan kenaikan untuk minggu keenam berturut-turut, disokong oleh hujan berterusan di kawasan pengeluaran utama dan optimisme baharu terhadap langkah-langkah rangsangan ekonomi China.

Beliau berkata harga minyak meningkat pada Jumaat berdasarkan harapan terhadap perjanjian perdagangan antara AS dan Kesatuan Eropah serta laporan mengenai Rusia yang mengehadkan eksport petrol.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) melonjak 7.5 sen kepada 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal kekal tidak berubah sebanyak 579 sen sekilogram.

-- BERNAMA 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan