PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

31/07/2025 06:54 PM

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan penurunan di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Julai 2025 berkurangan sebanyak 9.0 mata kepada 1,518.50, Ogos 2025 susut 5.0 mata kepada 1,518.0, September 2025 turun 6.5 mata kepada 1,498.50, dan Disember 2025 merosot 3.5 mata kepada 1,500.50.

Jumlah dagangan turun kepada 14,045 lot daripada 16,709 pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 50,747 kontrak daripada 54,426 sebelumnya.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 11.25 mata atau 0.74 peratus disebabkan jualan lewat untuk ditutup kepada 1,513.25 daripada paras penutup 1,524.50 pada Rabu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan