BERITA TERGEMPAR | Coordination of aid for Pantai Dalam fire victims, meeting sessions with victims and shop operators to be arranged – Fahmi | |
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini seiring dengan rakan serantaunya apabila tarif yang diumumkan oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru mula berkuat kuasa,” kata seorang peniaga.
Tarif AS, iaitu antara 15 peratus hingga 50 peratus ke atas ekonomi utama, mula berkuat kuasa pada Khamis walaupun rundingan dengan Washington masih diteruskan.
“AS mengenakan 100 peratus levi ke atas import semikonduktor berkuat kuasa tengah malam (waktu AS) pada 7 Ogos 2025, dengan satu-satunya pengecualian industri diberikan kepada syarikat sedang mengeluarkan atau merancang untuk mengeluarkannya di AS,” kata peniaga itu.
Niaga hadapan getah Jepun menyusut pada Khamis, apabila aktiviti pembuatan di AS yang lemah menjejaskan sentimen.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan bahawa harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot enam sen kepada 718 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut setengah sen kepada 565 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial