KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, seiring dengan kenaikan kadar asas pasaran tunai.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa Ogos 2025 naik lapan mata kepada 1,551.0, September 2025 meningkat 6.5 mata kepada 1,530.50, Disember 2025 menambah enam mata kepada 1,530.50 dan Mac 2026 menokok 9.5 mata kepada 1,516.50.
Jumlah dagangan naik kepada 5,477 lot daripada 5,351 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 42,927 kontrak daripada 42,730 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 7.63 mata atau 0.50 peratus untuk ditutup kepada 1,549.11 daripada 1,541.48 pada Rabu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial