BERITA TERGEMPAR   Coordination of aid for Pantai Dalam fire victims, meeting sessions with victims and shop operators to be arranged – Fahmi | 
 PASARAN > BERITA

Ringgit Meningkat Didorong Jangkaan Tinggi Penurunan Kadar AS

08/08/2025 09:18 AM

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, terus mencatat kenaikan selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) mengukuhkan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah pada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan yang akan datang, kata ahli ekonomi.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2205/2405 berbanding dolar AS daripada 4.2340/2385 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tuntutan awal pengangguran AS naik lebih daripada jangkaan kepada 226,000 minggu lepas, melebihi unjuran pasaran sebanyak 221,000.

Beliau berkata peningkatan itu merupakan kenaikan untuk minggu kedua berturut-turut, menyokong pandangan bahawa petunjuk pasaran pekerjaan lemah yang dapat dilihat walaupun ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) percaya lebih banyak data diperlukan sebelum mesyuarat mereka pada September.

“Bagaimanapun, Indeks Dolar AS merosot 0.09 peratus kepada 98,084 mata berikutan jangkaan penurunan kadar faedah pada September yang meningkat,” katanya kepada Bernama.

Pada peringkat domestik, Mohd Afzanizam berkata ringgit dijangka kekal disokong selepas berdepan tekanan jualan pada sesi petang semalam.

“Ringgit dijangka berada pada RM4.22 hingga RM4.23 hari ini,” katanya.

Ringgit kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama dalam dagangan awal.

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8750/8888 daripada 2.8732/8765 pada Khamis dan rendah berbanding pound kepada 5.6770/7039 daripada 5.6596/6656. Bagaimanapun, ia mengukuh berbanding euro kepada 4.9283/9516 daripada 4.9411/9463.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding mata wang serantau.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2906/3064 daripada 3.2973/3013 dan naik berbanding baht Thailand kepada 13.0653/1346 daripada 13.0954/1146.

Ringgit turut mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.39/7.44 daripada 7.42/7.44 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 259.1/260.4 daripada 259.9/260.3.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan