KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada Jumaat, menjejaki pengukuhan dalam pasaran emas Comex Amerika Syarikat.
Pada penutup, kontrak Ogos 2025 meningkat kepada US$3,415.8 satu auns troy daripada US$3,410.50, September 2025 menokok kepada US$3,421.5 satu auns troy berbanding US$3,416.2 semalam, Oktober 2025 naik kepada US$3,468.9 satu auns troy daripada US$3,462.30.
Sementara itu, kontrak Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 berada lebih tinggi pada US$ 3,488.4 satu auns troy berbanding US$3,480.20 sebelumnya.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 24 lot, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 52 kontrak daripada 51.
Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 7 Ogos, harga emas fizikal ditetapkan pada US$3,383.75 satu auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial