Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia pulih daripada penurunan semalam untuk ditutup lebih tinggi pada Khamis, mengambil petunjuk daripada niaga hadapan getah serantau yang lebih teguh dan harga minyak mentah yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.
Beliau berkata sentimen turut dirangsang oleh jangkaan yang semakin meningkat mengenai langkah sokongan ekonomi berterusan daripada Beijing.
Ketika ini, harga minyak mentah Brent meningkat 0.76 peratus kepada US$67.29 setong.
Beliau menambah niaga hadapan getah Jepun turut meningkat pada Khamis, disokong oleh harga minyak yang lebih tinggi dan kebimbangan berterusan mengenai cuaca buruk di wilayah pengeluar utama, ketika peniaga menilai prospek pengeluaran pada musim pengeluaran puncak.
“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan pengumuman minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS. Minit itu menunjukkan bahawa penggubal dasar memilih pendekatan tunggu dan lihat mengenai penurunan kadar di tengah-tengah risiko inflasi berkaitan tarif,” katanya kepada Bernama.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat 10 sen kepada 734.5 sen sekilogram manakala lateks pukal naik 1.5 sen kepada 568.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial