PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

21/08/2025 10:11 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki penurunan harga minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata kebimbangan terhadap peningkatan mendadak harga MSM baru-baru ini, yang menjejaskan permintaan masa depan komoditi itu turut mempengaruhi sentimen pasaran.

"Kami mengesan paras sokongan pada RM4,400 dan paras rintangan pada RM4,650 setiap tan," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2025 susut RM33 kepada RM4,391 setiap tan, manakala Oktober 2025 dan November 2025 masing-masing turun RM38 kepada RM4,429 dan RM4,460 setiap tan.

Kontrak Disember 2025 merosot RM34 kepada RM4,477 setiap tan, Januari 2026 susut RM28 kepada RM4,481 setiap tan, dan Februari 2026 merosot RM23 kepada RM4,462 setiap tan.

Jumlah dagangan turun kepada 59,539 lot daripada 69,550 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 250,917 kontrak daripada 251,695 kontrak sebelum itu.

Harga MSM fizikal bagi September Selatan susut RM30 kepada RM4,430 setiap tan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan