KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini.
Pada 9.25 pagi, kontrak bulan semasa Ogos 2025, September 2025 naik 7.0 mata masing-masing kepada 1,601.0 dn 1,579.0 manakala Disember 2025 dan Mac 2026 meningkat 7.5 mata masing-masing kepada 1,580.0 dan 1,564.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,306 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 40,648 kontrak.
Petunjuk pasaran FBM KLCI melonjak 4.40 mata kepada 1,597.27 selepas 25 minit dagangan daripada 1,592.87 semasa ditutup semalam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial