PASARAN > BERITA

Kontrak Niaga Hadapan Emas Tinggi Susulan Kelemahan Dolar AS

25/08/2025 10:13 PM

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin susulan kelemahan dolar Amerika Syarikat.

Pada penutupan, Ogos 2025 meningkat kepada US$3,364.0 bagi setiap auns troy daripada US$3,327.30 pada Jumaat minggu lepas.

September 2025 naik kepada US$3,369.40 setiap auns troy daripada US$3,332.70; Oktober 2025 menokok kepada US$3,398.90 daripada US$3,362.20 dan November 2025 menambah kepada US$3,415.70 setiap auns troy daripada US$3,379.00.

Sementara itu, Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 masing-masing meningkat kepada US$3,436.10 setiap auns troy daripada US$3,399.40 pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan berkurangan kepada lima lot daripada 17 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada 38 kontrak daripada 56 kontrak.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$3,334.25 setiap auns troy berdasarkan penetapan pada sebelah petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 22 Ogos.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan