PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Pada Sesi Awal

28/08/2025 10:18 AM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka lebih tinggi pada hari ini.

Pada 9.44 pagi ini, kontrak bulan semasa Ogos 2025 menokok 3.5 mata kepada 1,591.5, September 2025 naik dua mata kepada 1,565.0, Disember 2025 meraih 2.5 mata kepada 1,560.5 manakala Mac 2026 sebaliknya tidak berubah pada 1,541.5.

Jumlah dagangan sebanyak 4,066 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 70,811 kontrak.

Sementara itu, indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 3.34 mata kepada 1,591.25 selepas 48 minit dagangan dijalankan, berbanding paras penutup 1,587.91 semalam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan