Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menunjukkan aliran meningkat minggu depan, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS).
“Pasaran ekuiti Malaysia mempunyai ruang untuk meningkat lebih tinggi minggu depan, selagi Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengekalkan saluran pelonggaran (dasar monetari) terbuka.
“KLCI mengikut gelombang awal pergerakan wang menjelang mesyuarat FOMC,” kata Pengarah Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.
Pada asas mingguan, semerta bulan September 2025 meningkat 32.0 mata kepada 1,588.5, Oktober 2025 dan Disember 2025 masing-masing menambah 31.0 mata kepada 1,584.5 dan 1,579.5, dan Mac 2026 menokok 30.5 mata kepada 1,560.5.
Jumlah dagangan minggu ini meningkat kepada 20,086 lot daripada 14,374 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka naik kepada 41,317 kontrak daripada 38,740 kontrak sebelumnya.
Sementara itu, FBM KLCI meningkat 21.98 mata kepada 1,600.13 pada Jumaat, berbanding 1,578.15 ketika ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial