PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

18/10/2025 10:43 AM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal stabil minggu depan, seiring dengan prestasi dalam pasaran tunai pendasar. 

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pelabur berkemungkinan kekal berjaga-jaga di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran yang tinggi, dan kebimbangan mengenai perdagangan global yang berlarutan.

“Pergeseran perdagangan antara Beijing dan Washington terus melemahkan sentimen keseluruhan di seluruh Asia,” katanya kepada Bernama. 

Bagi asas mingguan, kontrak Oktober 2025 susut 8.5 mata kepada 1,603.5, November 2025 dan Disember 2025 merosot sembilan mata masing-masing kepada 1,603.5 and 1,602.0, manakala Mac 2026 turun lapan mata kepada 1,585.0.

Jumlah dagangan bagi minggu ini meningkat kepada 34,543 lot daripada 29,381 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 46,471 kontrak daripada 50,119 kontrak sebelumnya. 

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI merosot 15.07 mata kepada 1,607.18 daripada 1,622.25 minggu lepas. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan