Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, didorong oleh penurunan niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang rendah, kata peniaga.
Pada masa ini, harga minyak mentah Brent merosot 1.73 peratus kepada US$68.26 setong.
Beliau berkata sentimen pasaran terus terjejas oleh ketidaktentuan mengenai dasar monetari Amerika Syarikat (AS) selepas kenyataan rasmi yang bercampur-campur.
“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh kebimbangan mengenai pengeluaran yang rendah di negara-negara pengeluar utama getah asli,” katanya kepada Bernama.
Pada 3 petang, Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 5.5 sen kepada 750.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 576.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial