PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Namun Susut Susulan Prestasi Wall Street

31/03/2026 11:04 AM

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat ketika memulakan dagangan Selasa namun susut kemudiannya, menjejaki prestasi bercampur-campur semalaman Wall Street ketika pelabur memilih pendirian “tunggu dan lihat” susulan ketiadaan pemangkin baharu.

Pada 9.15 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.49 mata atau 0.14 peratus kepada 1,685.41 berbanding 1,687.90 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 6.39 mata kepada 1,694.29.

Sentimen pasaran kurang memberangsangkan dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 192 berbanding 165 manakala 355 kaunter tidak berubah, 1,955 tidak diniagakan dan 60 digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 169.17 juta saham bernilai RM150.99 juta.

Firma pembrokeran Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan pasaran Amerika Syarikat (AS) ditutup bercampur-campur dengan Indeks Dow Jones naik +0.11 peratus yang dilihat beralih daripada zon pembetulan teknikal manakala prestasi sebaliknya bagi Nasdaq (-0.73 peratus) dan S&P 500 (-0.39 peratus).

“Secara keseluruhan, kami berpendapat peserta pasaran semakin mengambil kira kemungkinan krisis di Asia Barat berpanjangan serta gangguan terhadap bekalan tenaga walaupun Presiden AS Donald Trump menangguhkan ancaman untuk memusnahkan infrastruktur tenaga Iran,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan CIMB naik dua sen kepada RM11.22 dan RM7.50. Public Bank susut satu sen kepada RM4.65, Tenaga Nasional turun lapan sen kepada RM14.08 manakala IHH Healthcare meraih enam sen kepada RM8.96.

Bagi kaunter paling aktif, Sunway Healthcare turun empat sen kepada RM2.05, TWL tidak berubah pada 2.5 sen, AirAsia X naik satu sen kepada RM1.09, Perak Transit menokok setengah sen kepada 22 sen dan Vantris Energy meraih dua sen kepada 39.5 sen.

Kaunter paling untung didahului United Plantations menokok 46 sen kepada RM34.06, Sarawak Oil naik 14 sen kepada RM4.61, United Malacca meraih 10 sen kepada RM5.90 dan Concrete Engineering meningkat lapan sen kepada RM1.85.

Bagi kaunter dengan kerugian ketara, PPB susut 40 sen kepada RM11.26, Fraser & Neave merosot 30 sen kepada RM29.70, Kuala Lumpur Kepong turun 18 sen kepada RM21.30 dan Petronas Dagangan berkurangan 16 sen kepada RM22.00.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Top 100 susut 16.06 mata kepada 12,137.11, Indeks FBM Emas turun 13.20 mata kepada 12,265.53, Indeks FBM ACE merosot 7.52 mata kepada 4,237.27, Indeks FBM 70 berkurangan 14.05 mata kepada 16,803.19 dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 20.45 mata kepada 12,131.80.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 10.63 mata kepada 19,859.74, Indeks Perladangan naik 49.81 mata kepada 9,066.35 namun Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.10 mata kepada 184.07 dan Indeks Tenaga turun 2.26 mata kepada 805.78.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan