KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada akhir dagangan Isnin, menjejaki kenaikan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).
Sewaktu ditutup, kontrak bulan semasa April 2026 meningkat kepada US$4,724.20 setiap auns troy daripada US$4,670.00 setiap auns troy.
Kontrak Mei 2026 naik kepada US$4,744.30 setiap auns troy daripada US$4,689.30 pada Jumaat lepas manakala Jun, Julai dan Ogos 2026 meningkat kepada US$4,763.60 setiap auns troy daripada US$4,708.60 sebelum ini.
Selain itu, jumlah dagangan kekal pada tujuh lot setakat Jumaat lepas dan kepentingan terbuka turun kepada 57 kontrak daripada 58 kontrak.
Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,639.35 setiap auns troy menerusi penetapan oleh London Bullion Market Association pada 2 April, 2026.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial