KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi, seiring dengan pasaran serantau, didorong sentimen yang bertambah baik susulan perjanjian gencatan selama dua minggu antara Amerika Syarikat dan Iran.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 16.32 mata kepada 1,693.18 daripada paras 1,676.86 ketika ditutup pada Selasa.
Indeks penanda aras itu yang dibuka 11.65 mata lebih tinggi pada 1,688.51, bergerak dalam julat antara 1,683.58 dan 1,693.56 sepanjang sesi.
Sentimen pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 722 berbanding 412, manakala 413 kaunter tidak berubah, 1,118 tidak diniagakan dan 11 digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 2.27 bilion unit bernilai RM1.81 bilion.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank melonjak 14 sen kepada RM11.30, Public Bank meningkat 11 sen kepada RM4.71, CIMB naik 22 sen kepada RM7.57, IHH Healthcare bertambah sembilan sen kepada RM8.78, manakala Tenaga Nasional susut dua sen kepada RM13.98.
Bagi saham aktif, AirAsia X meningkat lapan sen kepada RM1.24, Zetrix AI naik 1.5 sen kepada 75.5 sen, Capital A menambah tiga sen kepada 46 sen, Bumi Armada tidak berubah pada 35.5 sen, dan Top Glove susut tiga sen kepada 74.5 sen.
Dalam kalangan kaunter untung utama, Nestle meningkat RM1.20 kepada RM99.50, Malaysian Pacific Industries dan Fraser & Neave masing-masing naik 60 sen kepada RM29.60 dan RM29.30, manakala Hong Leong Bank menambah 50 sen kepada RM22.
Bagi kaunter paling rugi, United Plantations susut 88 sen kepada RM32.98, Batu Kawan turun 78 sen kepada RM21.00, Kuala Lumpur Kepong merosot 62 sen kepada RM21.56, dan Hibiscus Petroleum berkurang 25 sen kepada RM1.94.
Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 melonjak 126.78 mata kepada 12,242.66, Indeks FBM Emas meningkat 129.09 mata kepada 12,390.34, Indeks FBM Emas Shariah naik 64.02 mata kepada 12,208.03, Indeks FBM ACE bertambah 95.16 mata kepada 4,379.74, dan Indeks FBM Mid 70 meningkat 215.83 mata kepada 17,165.07.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 380.64 mata kepada 19,966.76, Indeks Perladangan susut 218.32 mata kepada 8,877.34, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.93 mata kepada 183.98, dan Indeks Tenaga turun 11.83 mata kepada 799.55.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial