KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Transaksi niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dan menjejaki prestasi pasaran logam berharga itu di COMEX, Amerika Syarikat.
Pada penutup sesi dagangan, kontrak bulan semasa April 2026 turun kepada US$4,755.00 setiap auns troy daripada US$4,821.70 setiap auns troy manakala kontrak bulan Mei 2026 menguncup kepada US$4,772.40 setiap auns troy daripada US$4,841.30, semalam.
Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 juga susut pada US$4,790.90 setiap auns troy daripada US$4,859.80 setiap auns troy sehari sebelumnya.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 13 lot daripada 32 lot semalam manakala kepentingan terbuka susut kepada 72 kontrak daripada 81 kontrak sebelumnya.
Emas fizikal ditetapkan pada US$4,792.55 setiap auns troy mengikut penetapan oleh London Bullion Market Association pada 8 April 2026.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial