KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat sejajar dengan pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah.
Pada penutup, kontrak semerta bulan April 2026 susut kepada US$4,816.20 setiap auns troy daripada US$4,868.00 setiap auns troy ketika ditutup pada Khamis, dan kontrak Mei 2026 merosot kepada US$4,836.20 setiap auns troy berbanding US$4,887.00 setiap auns troy sebelumnya.
Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 semuanya ditutup lebih rendah pada US$4,854.70 setiap auns troy, menyusut berbanding US$4,905.50 setiap auns troy semalam.
Jumlah dagangan berada pada 21 lot berbanding sifar pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 87 kontrak daripada 66 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,793.60 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 16 April 2026.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial