Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Pasaran getah ditutup tinggi hari ini, menjejaki keuntungan dalam niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah ketiadaan pembeli China dan Jepun, kata seorang peniaga.
Beliau berkata ringgit yang lemah berbanding dolar US turut menyokong sentimen itu.
Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 3.9540/9590 berbanding dolar US daripada 3.9540/9575 yang disaksikan semasa ditutup semalam.
“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya telah dihadkan oleh kelemahan dalam harga minyak, data ekonomi Amerika Syarikat yang bercampur-campur dan prospek ekonomi global yang lebih berhati-hati susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat sehingga terus membebani sentimen,” kata peniaga itu kepada Bernama.
Pada 3 petang, harga SMR 20 menokok enam sen kepada 872 sen sekilogram manakala lateks pukal melonjak sebanyak lima sen kepada 755 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial