PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

06/05/2026 11:24 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu, menjejaki harga minyak soya yang lebih rendah di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) pada Selasa, kata seorang peniaga.

Harga minyak sawit dan minyak soya sentiasa bergerak seiring kerana kedua-dua komoditi tersebut bersaing dalam pasaran sama.

Sementara itu, peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata pasaran terus berurus niaga dengan berhati-hati dalam persekitaran ketidaktentuan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran.

Kami melihat paras sokongan melebihi RM4,500 satu tan metrik dan paras rintangan pada RM4,680 setan, katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak Mei 2026 berkurangan RM115 kepada RM4,527 satu tan, Jun 2026 merosot RM134 kepada RM4,547 setan dan Julai 2026 menguncup RM131 kepada RM4,579 satu tan.

Jumlah dagangan menokok kepada 113,819 lot daripada 91,276 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 281,781 daripada 273,309 sebelumnya.

Harga fizikal MSM bagi Mac Selatan susut RM60 kepada RM4,590 satu tan

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan