Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin menjejaki kenaikan harga minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.
Peniaga Proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata kenaikan harga minyak soya menyokong MSM memandangkan kedua-duanya merupakan minyak sayuran utama yang bersaing dalam pasaran minyak makan global.
Beliau menambah harga minyak mentah yang lebih kukuh dan anggaran eksport yang lebih tinggi bagi Mei turut melonjakkan sentimen pasaran.
“Harga minyak mentah yang lebih kukuh sedang menyokong harga minyak sawit memandangkan penggunaan meluas minyak sawit sebagai bahan mentah biodiesel,” katanya kepada Bernama.
Sewaktu berita ini ditulis, minyak mentah Brent meningkat 2.58 peratus kepada US$103.90 setong.
Bagaimanapun, Ng berkata kenaikan selanjutnya adalah terhad disebabkan oleh peningkatan tahap stok dan pengeluaran yang lebih tinggi.
Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), stok minyak sawit Malaysia meningkat 1.71 peratus kepada 2.30 juta tan pada April 2026 daripada 2.27 juta tan pada Mac manakala pengeluaran MSM melonjak 18.37 peratus kepada 1.63 juta tan daripada 1.38 juta tan pada bulan sebelumnya.
“Kami melihat harga sokongan melebihi paras RM4,450 dan rintangan pada RM4,600 setiap tan,” tambah beliau.
Pada penutup dagangan, kontrak Mei 2026 meningkat RM17 kepada RM4,495 setiap tan, Jun 2026 melonjak RM12 kepada RM4,484 setiap tan manakala Julai dan Ogos 2026 masing-masing bertambah RM11 kepada RM4,516 dan RM4,532 setiap tan.
Kontrak September 2026 menokok RM15 kepada RM4,541 setiap tan dan Oktober 2026 bertambah RM16 kepada RM4,548 setiap tan.
Jumlah dagangan merosot kepada 61,162 lot daripada 86,804 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 280,839 kontrak daripada 281,027 kontrak sebelumnya.
Harga MSM fizikal untuk Mei Selatan susut RM10 kepada RM4,540 setiap tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial