PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

12/05/2026 02:41 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal berada dalam kedudukan positif pada tengah hari, mencerminkan prestasi memberangsangkan kebanyakan negara serantau dan disokong oleh sentimen positif susulan keuntungan besar di Wall Street semalam.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.28 mata atau 0.41 peratus kepada 1,752.59 daripada paras 1,745.31 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras itu yang dibuka 3.14 mata lebih tinggi kepada 1,748.45, bergerak dalam julat antara 1,748.45 dan 1,755.54 sepanjang sesi.

Sentimen pasaran negatif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 521 berbanding 505, manakala 566 kaunter tidak berubah, 1,073 tidak diniagakan dan 11 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.53 bilion unit bernilai RM1.52 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pasaran telah berubah menjadi berhati-hati dalam persekitaran harga minyak mentah Brent yang tinggi, kekal berada melebihi AS$104 setong.

“Kami akan menggalakkan pelabur untuk memulakan aktiviti membeli saham pada harga rendah jika indeks turun lagi atau sekitar paras 1,720-1730. Untuk hari ini, kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,740-1,750,” katanya.

Sementara itu, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB), sentimen dijangka kekal berhati-hati dan dipacu oleh tajuk berita utama dengan gencatan senjata “bergantung pada sokongan hayat” (semakin rapuh) di tengah-tengah ketegangan di Teluk yang baharu tercetus dan pergolakan berterusan antara Israel dan Lubnan.

Tumpuan kini beralih kepada sidang kemuncak antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping di Beijing, kedua-dua pihak akan berusaha untuk menstabilkan hubungan perdagangan, perkara melibatkan Taiwan, cip kecerdasan buatan, nadir bumi dan Iran.

"Di peringkat tempatan, tumpuan kekal pada pendapatan suku pertama 2026, terutamanya panduan, apabila pelabur mengimbangi asas yang berdaya tahan terhadap peningkatan risiko geopolitik, harga tenaga yang tinggi dan cabaran pertumbuhan yang baharu muncul," menurut HLIB.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan IHH Healthcare naik enam sen masing-masing kepada RM11.24 dan RM9.0, Petronas Chemicals menambah tujuh sen kepada RM5.42, Sunway Healthcare tidak berubah pada RM1.86, manakala Kuala Lumpur Kepong merosot enam sen kepada RM20.94.

Bagi saham paling aktif, Oppstar menambah 21.5 sen kepada 89.5 sen, Zetrix AI susut tiga sen kepada 82.5 sen, SMRT tidak berubah pada 28 sen, Top Glove merosot 1.5 sen kepada 84 sen, TT Vision naik 5.5 sen kepada 38.5 sen dan Genetec melonjak lima sen kepada 30 sen. 

Kaunter paling untung menyaksikan Malaysian Pacific menambah RM1.60 kepada RM42.60, UMS Integration naik RM1.09 kepada RM8.21, Nestle meningkat 50 sen kepada RM101.70, Hong Leong Industries melonjak 36 sen kepada RM19.26 dan Kelington menokok 29 sen kepada RM6.49.

Antara kaunter paling rugi, Dutch Lady susut 22 sen kepada RM32.80, United Plantations merosot 18 sen kepada RM30.34, Ajinomoto turun 14 sen kepada RM12.42, Hong Leong Financial berkurangan 10 sen kepada RM19.0 dan KPJ Healthcare menguncup lapan sen kepada RM3.41.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 40.09 mata kepada 12,971.69, Indeks FBM Top 100 melonjak 43.87 mata kepada 12,814.82, Indeks FBM Emas Syariah naik 27.22 mata kepada 12,871.36, Indeks FBM Mid 70 menokok 23/26 mata kepada 18,584.72 dan Indeks FBM ACE bertambah 43.09 mata kepada 4,718.89.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 70.84 mata kepada 20,377.02,  Indeks Tenaga turun 0.25 mata kepada 906.93, Indeks Perladangan naik 1.51 mata kepada 8,839.59, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian melonjak 1.75 mata mata kepada 197.51.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan