BERITA TERGEMPAR   Over RM15 billion in financing support provided to micro, small and medium enterprises this year - MoF | 
 PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah Susulan Jangkaan Pengeluaran Lebih Tinggi

13/05/2026 10:15 PM

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus mencatatkan prestasi lebih rendah pada Rabu, terjejas oleh jangkaan pengeluaran minyak sawit yang lebih tinggi pada separuh kedua tahun ini. 

Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa berkata tinjauan itu disokong oleh peningkatan mendadak pengeluaran minyak sawit sebanyak 18 peratus bulan ke bulan pada April. 

“Prospek eksport turut kelihatan tercabar, memandangkan diskaun harga minyak sawit kepada minyak kacang soya iaitu pesaingnya kekal kecil, sekali gus meningkatkan risiko permintaan yang lebih lemah berbanding bekalan yang semakin meningkat,” katanya kepada Bernama. 

Sathia menambah bahawa sentimen juga terjejas oleh turun naik berterusan dalam pasaran minyak mentah. 

Ketika ini, minyak mentah Brent susut 0.24 peratus kepada US$107.50 setong. 

Pada penutup, kontrak Mei 2026 merosot RM61 kepada RM4,390 setan, Jun 2026 berkurang RM41 kepada RM4,409, dan Julai 2026 merosot RM43 kepada RM4,438 setan.

Kontrak Ogos 2026 pula menyusut sebanyak RM47 kepada RM4,457 setan, September 2026 berkurang RM43 kepada RM4,472, dan Oktober 2026 turun RM36 kepada RM4,489 setan.

Jumlah dagangan berkurang kepada 113,037 lot daripada 128,099 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 283,827 kontrak daripada 280,300 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Mei Selatan susut RM60 kepada RM4,450 setan. 

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan