PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Menjejaki Kelemahan COMEX AS

19/05/2026 08:11 PM

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi lemah dalam pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS).

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Mei 2026 berkurangan kepada US$4,557.80 setiap auns troy daripada US$4,561.20 setiap auns troy auns semalam dan Jun 2026 susut kepada US$4,574.80 setiap auns troy daripada US$4,578.20  setiap auns troy.

Kontrak Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 semuanya diselesaikan lebih rendah pada US$4,588.80 setiap auns troy berbanding US$4,592.20 setiap auns troy auns yang direkodkan pada hari Isnin.

Jumlah dagangan meningkat kepada 19 lot daripada enam lot, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 93 kontrak daripada 86.

Berdasarkan penetapan tengah hari setakat 18 Mei London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$4,565.40 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan