PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Pada Paras 1,700-1,730 Minggu Depan

23/05/2026 11:49 AM

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka kekal dalam jajaran kecil minggu depan, dengan sedikit kecenderungan menaik berikutan aktiviti pencarian saham murah terus muncul. 

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata perhatian psaran berkemungkinan tertumpu pada fasa terakhir musim pendapatan suku pertama tempatan 2026 (S1 2026), apabila jangkaan pendapatan daripada sektor defensif seperti perbankan, perladangan dan infrastruktur mungkin membantu mengukuhkan pasaran. 

“Secara keseluruhannya, kami menjangkakan indeks akan diniagakan dalam julat 1,700-1,730,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baru berakhir, kontrak niaga hadapan FBM KLCI kebanyakannya diniagakan lebih rendah seiring dengan pasaran tunai.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Mei 2026 susut 23.5 mata kepada 1,719.0, kontrak Jun 2026 berkurang 25.0 mata kepada 1,716.5, kontrak September 2026 merosot 22.5 mata kepada 1,697.50, dan kontrak Disember 2026 turun 26.0 mata kepada 1,698.50.

Jumlah dagangan mingguan mengukuh kepada 44,006 lot daripada 30,788 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 43,086 kontrak daripada 36,232 kontrak ketika ditutup pada minggu sebelumnya. 

Pada minggu ini, FBM KLCI ditutup 27.55 mata lebih rendah pada t 1,712.67 daripada 1,740.22 seminggu sebelumnya.

Bursa Malaysia akan ditutup pada 27 Mei bersempena dengan cuti umum Aidiladha dan akan beroperasi semula pada 28 Mei. 

Ia juga akan ditutup pada 1 dan 2 Jun bersempena cuti umum Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan Hari Wesak, sebelum kembali beroperasi pada 3 Jun. 

-- BERNAMA

 

TAG:


DAAF CYC RIN


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan