PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah Lebih Lemah

09/06/2026 07:17 PM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini susulan harga minyak mentah yang lemah berikutan ketegangan Asia Barat yang semakin mereda sekali gus menyokong sentimen pasaran.

Ketika berita ini ditulis, harga minyak mentah Brent mencatatkan penurunan sebanyak 1.73 peratus kepada US$92.62 setong.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata hubungan di antara minyak mentah dengan emas kekal berkait rapat dengan harga minyak mentah terus mempengaruhi prospek kadar faedah di Amerika Syarikat (AS).

“Dalam kes ini, harga minyak mentah yang lebih rendah menyumbang kepada pengurangan hasil bon AS sekali gus melemahkan dolar AS secara keseluruhan selain membolehkan logam berharga itu terus mencatatkan peningkatan secara berperingkat,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta bagi Jun 2026 meningkat kepada US$4,346.50 setiap auns troy daripada US$4,296.30 setiap auns troy ketika ditutup pada Isnin manakala Julai 2026 melonjak kepada US$4,358.50 setiap auns troy daripada US$4,312.70 dan Ogos 2026 berkembang kepada US$4,373.20 setiap auns troy daripada US$4,327.40.

Kontrak September 2026 mengukuh kepada US$4,377.70 setiap auns troy daripada US$4,331.90 pada Isnin manakala Oktober 2026 menokok kepada US$4,396.80 setiap auns troy daripada US$4,351.0 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada 11 lot berbanding 27 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka susut kepada 65 kontrak daripada 78 kontrak sebelumnya.

Sementara itu, harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,320.60 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 8 Jun, 2026.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan