Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat 0.04 peratus ketika awal dagangan pada Rabu dalam persekitaran sentimen pasaran global yang berhati-hati walaupun harga minyak mentah menyusut dan ketiadaan pemangkin tempatan.
Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.68 mata kepada 1,676.18 daripada 1,675.50 semasa ditutup pada Selasa.
Indeks itu dibuka 0.55 mata lebih tinggi kepada 1,676.05.
Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 234 berbanding 129 manakala 299 kaunter tidak berubah, 2,028 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan sebanyak 261.0 juta saham bernilai RM115.8 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen pasaran kekal berhati-hati walaupun harga minyak mentah menyusut, dengan minyak mentah Brent susut sekitar US$91 setong.
“Kami mendapati bahawa pasaran secara keseluruhannya masih menerima sokongan baik pada paras semasa walaupun indeks itu masih kekal pada fasa pembetulan.
"Oleh itu, sekiranya tiada pemangkin yang jelas, kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat kecil antara 1,670 dan 1,680 hari ini," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM10.64, Public Bank meningkat empat sen kepada RM4.81, Tenaga Nasional menokok enam sen kepada RM14.20 manakala CIMB susut dua sen kepada RM7.35.
Antara saham aktif menyaksikan Hong Seng Consolidated tidak berubah pada 1.5 sen, Tanco turun 7.5 sen kepada 72.5 sen, Land and General dan VS Holdings masing-masing rendah setengah sen kepada 16 sen dan 19.5 sen manakala Capital A susut satu sen kepada 40.5 sen.
Bagi kaunter paling untung, Concrete Engineering meningkat 20 sen kepada RM5.10, Ajinomoto menambah 12 sen kepada RM15.60, Itmax dan IOI Corporation masing-masing naik lima sen kepada RM4.83 dan RM4.27 manakala KPJ Healthcare dan Sarawak Oil Palms masing-masing menokok empat sen kepada RM3.20 dan RM4.69.
Antara saham paling rugi, Nestle susut 28 sen kepada RM94.16, waran MN Holdings menyusut 15 sen kepada RM2.29, Unisem meningkat 12 sen kepada RM4.71, Chin Teck rendah 10 sen kepada RM10.80 dan Malayan Cement berkurangan sembilan sen kepada RM6.80.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas rendah 1.41 mata kepada 12,450.55 manakala Indeks FBM Top 100 susut 2.33 mata kepada 12,289.66 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 8.34 mata kepada 12,427.04.
Indeks FBM Mid 70 susut 34.77 mata kepada 17,966.99 dan Indeks FBM ACE turun 19.31 mata kepada 4,708.37.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 29.59 mata kepada 19,526.47 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.55 mata kepada 196.13, Indeks Tenaga menyusut 4.72 mata kepada 782.91 dan Indeks Perladangan rendah 29.76 mata kepada 8,772.20.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial