Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, seiring kelemahan pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) susulan pendirian cenderung mengetatkan dasar monetari oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS yang menjejaskan sentimen pasaran terhadap prospek kenaikan kadar faedah.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pelabur kini memberi tumpuan kepada data inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS yang akan diumumkan pada Khamis bagi mendapatkan petunjuk lanjut mengenai hala tuju kadar faedah.
Harga logam berharga itu turut merosot seiring kelemahan pasaran ekuiti walaupun harga minyak terus menyederhana, dengan emas jongkong susut hampir 1.5 peratus dalam dagangan harian dan kembali menghampiri paras US$4,100 seauns troy, katanya kepada Bernama.
Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2026 susut kepada US$4,118.10 seauns troy daripada US$4,209.30 seauns troy ketika ditutup pada Isnin, manakala kontrak Julai 2026 turun kepada US$4,132.50 seauns troy daripada US$4,223.70 seauns troy.
Kontrak Ogos 2026 merosot kepada US$4,154.10 seauns troy daripada US$4,244.80 seauns troy sebelumnya.
Kontrak September 2026 naik kepada US$4,158.60 seauns troy berbanding US$4,249.30 seauns troy ketika ditutup sebelum ini, manakala kontrak Oktober 2026 dan Disember 2026 masing-masing turun kepada US$4,177.70 seauns troy daripada US$4,268.40 seauns troy.
Jumlah dagangan meningkat kepada 19 lot berbanding lima lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 86 kontrak daripada 71 kontrak sebelumnya.
Sementara itu, harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,196.95 seauns troy berdasarkan penetapan London Bullion Market Association (LBMA) pada 22 Jun, 2026.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial