PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sedikit, Didorong Kenaikan Semula Saham Perbankan

26/06/2026 07:34 PM

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Jumaat, disokong peningkatan semula saham perbankan pada minit-minit terakhir yang seterusnya mendorong kenaikan indeks penanda aras kepada paras positif, kata penganalisis.

Pada 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.92 mata atau 0.24 peratus kepada 1,667.74 daripada 1,663.82 ketika ditutup pada  semalam.

Indeks itu dibuka 0.68 mata lebih tinggi kepada 1,664.50 dan bergerak antara 1,659.74 hingga 1,668.75 sepanjang sesi dagangan.

Bagaimanapun, lingkungan pasaran adalah hambar apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 728 berbanding 334, manakala 528 kaunter tidak berubah, 1,153 kaunter tidak didagangkan dan 65 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 2.93 bilion unit bernilai RM2.26 bilion daripada 3.18 bilion unit bernilai RM2.89 bilion semalam.

Penganalisis dan Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata dalam kalangan konstituen FBM KLCI, sektor telekomunikasi meneruskan momentum positif disokong minat belian yang berterusan.

Beliau berkata walaupun saham perbankan didagangkan rendah hampir sepanjang hari, kenaikan semula yang kukuh pada minit-minit terakhir dagangan dapat memberikan sokongan yang diperlukan untuk membolehkan indeks ditutup tinggi sedikit.

"Secara keseluruhannya, sentimen pasaran kekal waspada apabila pelabur menilai perkembangan dalam pasaran ekuiti global.

"Pasaran global mengehadkan turun naik minggu ini dengan sentimen berubah-ubah secara ketara susulan ketidaktentuan berkaitan pelaburan kecerdasan buatan (AI)," katanya kepada Bernama.

Mohd Sedek berkata pelabur terus menilai prestasi keuntungan korporat, rancangan perbelanjaan modal berkaitan AI serta perubahan tumpuan sektor, yang menyebabkan turun naik lebih ketara dalam saham teknologi.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau ditutup rendah menjejaki prestasi hambar semalaman di Wall Street.

Beliau berkata saham teknologi terus mengalami tekanan di seluruh Asia, dengan Jepun dan Korea Selatan mendahului penurunan apabila pelabur lebih berhati-hati dengan saham semikonduktor berkaitan AI.

Sentimen turut terjejas selepas Apple menaikkan harga beberapa produknya dengan alasan peningkatan kos memori dan penstoran susulan perkembangan AI, sekali gus mendorong pelabur menilai semula penilaian terhadap sektor teknologi.

Beliau berkata pada peringkat tempatan, walaupun ketidaktentuan luaran dan jualan berterusan oleh pelabur asing mungkin terus mempengaruhi sentimen dalam tempoh terdekat namun, pembetulan pasaran baru-baru ini telah menambah baik penilaian terhadap banyak saham mewah yang kukuh dari segi asas.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik lapan sen kepada RM10.80, Public Bank dan CIMB Group masing-masing meningkat dua sen kepada RM4.83 dan RM7.41, Tenaga Nasional menambah 10 sen kepada RM14.34 dan IHH Healthcare susut tiga sen kepada RM8.54.

Bagi saham aktif, Zetrix AI tidak berubah pada 77 sen, Widad susut 0.5 sen kepada 1.0 sen, AirAsia X susut lima sen kepada RM1.18, Dagang NeXchange turun 2.5 sen kepada 42 sen, manakala Tanco kekal pada 13.5 sen.

Dalam senarai kaunter paling untung, United Plantations melonjak 30 sen kepada RM32.60, Nestle naik 22 sen kepada RM95.84, Hong Leong Financial Group dan Petronas Dagangan masing-masing menambah 20 sen kepada RM18.50 dan RM18.60, manakala Solarvest meningkat 14 sen kepada RM2.99.

Bagi kaunter paling rugi, MPI merosot RM2.00 kepada RM47.00, UMS Integration susut 70 sen kepada RM7.80, Vitrox turun 59 sen kepada RM7.26, F&N menguncup 48 sen kepada RM27.70, manakala UWC turun 30 sen kepada RM6.30.

Dalam keseluruhan pasaran, Indeks FBM Emas susut 15.13 mata kepada 12,365.02, Indeks FBM Top 100 turun 9.04 mata kepada 12,201.59, manakala Indeks FBM Emas Syariah merosot 46.38 mata kepada 12,241.30.

Indeks FBM Mid 70 susut 173.42 mata kepada 17,726.19, manakala Indeks FBM ACE turun 41.76 mata kepada 4,745.30.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 64.88 mata kepada 19,663.12, Indeks Perladangan naik 34.71 mata kepada 8,882.98, Indeks Tenaga bertambah 0.50 mata kepada 745.43, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.20 mata kepada 179.59.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 1.36 bilion unit bernilai RM1.98 bilion daripada 1.65 bilion unit bernilai RM2.60 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran susut kepada 1.04 bilion unit bernilai RM125.28 juta daripada 1.05 bilion unit bernilai RM116.27 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 530.03 juta unit bernilai RM151.60 juta daripada 473.76 juta unit bernilai RM174.83 juta semalam.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 195.43 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (265.26 juta), pembinaan (103.35 juta), teknologi (278.97 juta), perkhidmatan kewangan (57.42 juta), hartanah (160.11 juta), perladangan (17.93 juta), amanah pelaburan hartanah (9.68 juta), dana tertutup (285,200), tenaga (104.03 juta), penjagaan kesihatan (73.25 juta), telekomunikasi dan media (54.05 juta), pengangkutan dan logistik (21.58 juta), utiliti (18.91 juta) serta amanah perniagaan (150,000).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan