PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Pengukuhan Minyak Soya

29/06/2026 09:56 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki pengukuhan dalam niaga hadapan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng berkata prestasi eksport yang lebih mantap baru-baru ini turut menaikkan sentimen pasaran. "Kami melihat harga disokong melebihi paras RM4,500 dan rintangan pada RM4,680," katanya kepada Bernama.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Julai 202 dan Ogos 2025, masing-masing meningkat RM19 kepada RM4,523 serta RM4,558 satu tan.

September 2026 menokok RM20 kepada RM4,588 manakala Oktober naik RM21 kepada RM4,612 satu tan. Kontrak November 2026 dan Disember 2026 masing-masing bertambah sebanyak RM22 kepada RM4,633 serta RM4,653 satu tan.

Jumlah dagangan turun kepada 43,096 lot berbanding 89,194 lot yang dicatatkan pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 285,102 kontrak daripada 284,997. Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan menambah RM20 kepada RM4,550 satu tan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan