PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah Hari Ini

30/06/2026 06:54 PM

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan separuh pertama 2026 dengan mencatat prestasi lebih rendah susulan sesi dagangan dalam jajaran kecil apabila pelabur kekal berwaspada dalam keadaan tiada pemangkin baharu di dalam negara.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata ekuiti serantau secara umumnya ditutup lebih tinggi, disokong oleh data aktiviti perniagaan China yang lebih kukuh berbanding jangkaan serta kekuatan berterusan dalam saham teknologi.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.85 mata kepada 1,664.06 daripada 1,665.91 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks itu dibuka meningkat 1.37 mata kepada 1,667.28 dan turun naik antara paras terendah harian 1,661.80 dan paras tertinggi 1,669.88 sepanjang hari.

Sentimen pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 562 berbanding 415 manakala 589 kaunter tidak berubah, 1,124 tidak didagangkan dan 79 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.91 bilion unit bernilai RM2.77 bilion berbanding 2.71 bilion unit bernilai RM2.13 bilion pada hari sebelumnya.

Di peringkat serantau, Indeks Komposit SSE Shanghai naik 0.50 peratus kepada 4,094.40, Nikkei 225 Jepun meningkat 0.86 peratus kepada 70,062.32, dan Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan menambah 0.97 peratus kepada 8,476.48 manakala Indeks Straits Times Singapura susut 0.73 peratus kepada 5,170.65.

Thong berkata di peringkat domestik, sentimen kekal lemah berikutan jualan berterusan oleh pelabur asing serta ketidaktentuan luar yang menjejaskan keyakinan pelabur.

“Bagaimanapun, penyusutan pasaran baru-baru ini menjadikan penilaian beberapa saham mewah lebih menarik, sekali gus berpotensi menggalakkan aktiviti pembelian pada harga rendah sekiranya sentimen pasaran global terus menyokong.

“Walaupun turun naik jangka pendek dijangka berterusan, kami menjangka penurunan pasaran akan disokong oleh pembelian institusi domestik serta pengumpulan terpilih dalam saham yang mempunyai asas kukuh,” katanya kepada Bernama.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM10.78, dan CIMB rendah empat sen kepada RM7.41 manakala Public Bank menambah satu sen kepada RM4.80, Tenaga Nasional naik dua sen kepada RM14.28, dan IHH tidak berubah pada RM8.40.

Bagi kaunter paling aktif, Tanco menambah tiga sen kepada 17.5 sen, dan Gamuda melonjak 17 sen kepada RM4.37 manakala Zetrix AI tidak berubah pada 76 sen. Dagang NeXchange susut setengah sen kepada 41.5 sen dan Liftech, yang mula disenaraikan di Pasaran ACE susut lima sen kepada 24 sen.

Kaunter paling untung menyaksikan Malaysian Pacific Industries meningkat 56 sen kepada RM49.66, Dutch Lady menambah 50 sen kepada RM33.00, United Plantations naik 42 sen kepada RM33.08, UMS Integration melonjak 34 sen kepada RM8.21, dan Apollo menokok 29 sen kepada RM6.14.

Bagi kaunter paling rugi, Batu Kawan rendah 34 sen kepada RM21.10, Allianz susut 22 sen kepada RM21.08, Dynafront berkurangan 20 sen kepada 80 sen, AmBank turun 17 sen kepada RM6.37, dan LPI susut 16 sen kepada RM14.98.

Di pasaran lebih luas, Indeks FBM Emas meningkat 5.20 mata kepada 12,385.11, Indeks FBM Top 100 menambah 1.95 mata kepada 12,215.04 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 31.33 mata kepada 12,283.85.

Indeks FBM Mid 70 naik 68.75 mata kepada 17,917.46 dan Indeks FBM ACE menokok 34.14 mata kepada 4,823.43.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 62.36 mata kepada 19,610.66, Indeks Tenaga meningkat 4.14 mata kepada 751.64, Indeks Perladangan naik 29.13 mata kepada 8,854.77, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian rendah 0.74 mata kepada 180.63.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.52 bilion unit bernilai RM2.48 bilion berbanding 1.33 bilion unit bernilai RM1.86 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 883.88 juta unit bernilai RM111.20 juta berbanding 851.04 juta unit bernilai RM110.69 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 502.82 juta unit bernilai RM176.25 juta daripada 526.01 juta unit bernilai RM163.67 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 163.71 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (285.24 juta), pembinaan (103.53 juta), teknologi (340.12 juta), perkhidmatan kewangan (77.88 juta), hartanah (244.71 juta), perladangan (29.25 juta), amanah pelaburan hartanah (16.47 juta), dana tertutup (9,000), tenaga (87.19 juta), penjagaan kesihatan (66.28 juta), telekomunikasi dan media (48.24 juta), pengangkutan dan logistik (36.23 juta), utiliti (24.39 juta), dan amanah perniagaan (63,700).

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan