KOTA BHARU, 21 Nov (Bernama) -- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, hari ini mengangkat sumpah jawatan pada Persidangan Kali Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15, di Kompleks Kota Darulnaim.
Mohd Azmawi Fikri, 38, mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan berikrar untuk menjalankan kewajipan sebagai ADUN dengan sedaya upaya serta akan memelihara, menjaga dan mempertahankan perlembagaan negeri Kelantan.
Mohd Azmawi Fikri daripada Barisan Nasional menewaskan calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional, Mohd Rizwadi Ismail pada Pilihan Raya Kecil Nenggiri 17 Ogos lepas setelah memperoleh 9,091 undi
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan yang mesra dengan panggilan Awie itu menang dengan majoriti 3,352 undi sekali gus membolehkan parti itu merampas kembali kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang Mohd Azizi Abu Naim (Bersatu).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial