POLITIK > BERITA

MIED Peruntuk Hampir Setengah Juta Untuk 12 Pelajar Lanjut Pengajian

12/01/2025 08:40 PM

IPOH, 12 Jan (Bernama) -- Sejumlah RM436,930 diperuntukkan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) iaitu entiti yang dimiliki MIC kepada 12 pelajar India dari Perak yang menyambung pengajian di beberapa institusi pengajian tinggi di negara ini.

Naib Presiden MIC Tan Sri M. Ramasamy berkata mereka dari Parlimen Bagan Datuk, Teluk Intan, Batu Gajah, Ipoh Barat, Ipoh Timur, Tambun, Sungai Siput, Kuala Kangsar, Bukit Gantang serta Taiping.

"Pelajar yang menerima bantuan ini merupakan daripada golongan B40 dan telah disaring dengan teliti untuk memastikan mereka benar-benar layak dan memerlukan.

"Setiap pelajar menerima jumlah yang berbeza mengikut peringkat pengajian yang diambil mereka sama ada diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana atau doktor falsafah (PhD). Ada pelajar yang menerima RM10,000, RM50,000 sehingga RM100,000," katanya.

Ramasamy yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MIC Perak berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek pinjaman dan geran pendidikan MIED Negeri Perak di Pejabat MIC di sini hari ini.

Beliau berkata lebih RM200 juta diperuntukkan MIED sejak inisiatif itu dimulakan pada 1984.

"Bantuan pendidikan ini sentiasa berterusan bagi membantu pelajar melanjutkan pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi tanpa beban kewangan, sekali gus membantu mereka mengejar impian mempunyai kerjaya yang lebih terjamin," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan